Authors:
Harris Zainul and Tashny Sukumaran

Read pdf

Bab ini adalah salah satu daripada modul pembelajaran literasi media dan informasi yang telah disunting oleh Dr Hasrul Hashim, Dr Nurul Akqmie Badrul Hisham dan Dr Sabariah Mohamed Salleh. Modul pembelajaran ini adalah hasil kerjasama diantara Pusat Kajian Media & Komunikasi, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan UNESCO.

Dalam bab ini, pelajar akan mendalami tentang disinformasi dan literasi media. Bab ini akan terbahagi kepada dua komponen; yang pertama menggariskan persoalan “mengapa”, merujuk kepada mengapa terdapat keperluan untuk tipologi baharu bagi menerangkan masalah utama dengan maklumat palsu. Kemudiannya membawa kepada isu politik yang masih baharu terutamanya istilah “berita palsu” dan akibatnya. Perkara ini diikuti dengan tipologi maklumat palsu iaitu; misinformasi, disinformasi dan malinformasi (Mal-information), seperti yang diadaptasi daripada Wardle et al. Komponen pertama kemudiannya diakhiri dengan cabaran dunia sebenar seperti yang dikaitkan dengan niat untuk membuktikan, faktor utama perbezaan antara misinformasi dan disinformasi, serta perkara yang boleh menjadi salah apabila kita terlalu bergantung kepada perundangan untuk menangani isu-isu tersebut. Komponen kedua pula, lebih praktikal dan bermula dengan percontohan kes dan meneliti kepentingan literasi media dan maklumat. Berdasarkan hal ini, penulis memperlihatkan faktor pendorong di sebalik penyebaran maklumat palsu, perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang (dan dilakukan dengan lebih baik), dan yang paling penting, cara mengesahkan sumber dan memahami kepentingan menjadi pengguna atau pembuat kandungan yang beretika dan bermaklumat. Selain itu, pelajar juga akan memahami tentang etika media, kebebasan editorial di bilik berita Malaysia dan kepentingan pluralisme media.

- Advertisement -